Sunday, 25 March 2018

Entry No. 12


LATAR BELAKANG UKM WORLD ART FESTIVAL (WAF UKM2)




PENGENALAN

Kumpulan Pusat Kebudayaan daripada UKM telah menganjurkan sebuah acara baharu iaitu World Art Festival edisi kedua yang merangkumi persembahan daripada beberapa kumpulan kebudayaan dari pelbagai negara seperti China, Mexico, Kazakhstan, Mozambique, Somalia, Filipine, Thailand dan Jepun. Program ini dilaksanakan buat pertama kalinya pada 28 November 2015. Festival ini dianjurkan Urusetia ARTISUKMA dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti bertempat di DECTAR, UKM, Bangi dengan penglibatan peserta dari seluruh pelosok dunia. Festival ini berkonsepkan bengkel dan persembahan kebudayan berlainan untuk mencabar kebiasaan tradisi Malaysia. Festival Kesnian Dunia edisi kedua ini memberi tumpuan untuk menperkenalkan pelajar UKM terhadap kepelbagaian budaya dan kesenian serta mengalami pengalaman menguruskan program bertaraf antarabangsa bersesuaian  dengan visi UKM untuk melahirkan siswazah beraspirasi kebangsan, kompeten , berdaya saing dan inovatif.



OBJEKTIF PROGRAM

1)  Memberi peluang kepada para siswazah dan audien untuk merasai sendiri serta memberi pendedahan budaya asing melalui persembahan bertaraf antarabangsa daripada kumpulan kebudayaan dari negara asing.

2)    Menonjolkan budaya Malaysia kepada para peserta persembahan di World Art Festival melalui bakat persembahan Artisukma UKM untuk memebri pendedahan budaya Malaysia kepada mereka.

3)  Mengasah kebolehan para pelajar kebudayaan pengurusan seni menguruskan program kebudayaan pada peringkat domestik atau antarabangsa.

4)  Menerapkan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan dikalangan para pelajar supaya dapat mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni dan budaya bangsa.

5)        Mengadakan platform uuntuk bertukar-tukar diantara pencinta seni serata dunia dan warganya.


MAKLUMAT PERSEMBAHAN

Tarikh     :  17/11/2017 – 20/11/2017
Masa       :  8:00 malam – 11:30 malam
Tempat   Dewan Canselor Tun Abdul Razak , DECTAR, UKM Bangi
Anjuran : Urusetia ARTISUKMA bersama Pusat Kebudayaan Universiti UKM dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti -Universiti Malaysia (MAKUM)
Tema      :   “CELEBRATE CULTURE & DIVERSITY ONE WORLD”
Delegasi :   1) Malaysia
2) Somalia
3) Japan
4) Mexico
5) Kazakhstan
6) Mozambique
7) Thailand
8) Philippines
9) China


KELEBIHAN UKM WAF 2ND KALI INI :-

Berlainan dengan UKM WAF yang lepas, kali ini penyertaan daripada Jepun dan Somalia menjadi tumpuan. Disamping itu, UKM WAF turut bekerjasama dengan Muzium Negara untuk mengadakan persembahan semasa Festival Kipas-Kipas diadakan di Muzium Negara pada 19 November 2017. Tambahan pula kelainan yang ditonjolkan pada UKMWAF kali ini adalah penyertaan daripada kelab-kelab kebudayaan di bawah urusetia ARTISUKMA seperti Kelab Tulisan Khat, Kelab Okestra Tradisional Cina, Kelab Cak Lempong dan Kelab Seni Batik deberi peluang untuk turut terlibat sama membuka booth di perkarangan DECTAR bagi memeriahkan lagi acara. Mereka mengadakan persembahan dan menjual kraftangan hasil usaha pelajar-pelajar citra kebudayaan UKM kepada para tetamu dan audien yang hadir pada malam tersebut. Antara produk yang dijual adalah keychain dengan tulisan khat, photobooth kiosk dan kain batik, produk dijual bertujuan menjana keuntungan dan memberi pendedahan kepada pelajar berurusniaga di dalam industri seni kraftangan.

Setakat itu sahaja perkongsian pada minggu ini jumpa lagi pada minggu hadapan.



Saturday, 24 March 2018

Entry No. 11


LATAR BELAKANG PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

 


 





PENGENALAN

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.


VISI PENUBUHAN

• Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.
• Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.
• PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positifi dalam kehidupan ummah.


OBJEKTIF PENUBUHAN

• Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap memperjuangkan hak kepenggunaan Islam.
• Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam kepenggunaan.
• Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya.
• Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif.
• Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara positif.


PROFIL KETUA AKTIVIS PPIM


Nama beliau adalah Datuk Nadzim Johan dan beliau asal dari Kuala Kangar, Perak. Beliau memang lantang bersuara dalam memberi pendapat. Dalam banyak keadaan, suaranya yang lantang dan tegas sememangnya dihormati kebanyakan pihak selain ditakuti lawannya. Kerana kelantangannya, ramai menganggap beliau serius dan garang. Namun, bagi yang mengenali individu ini apatah lagi bertemu dengannya, personaliti lelaki ini sebenarnya sangat berbeza. Ini kerana beliau cepat mesra dengan sesiapa saja walaupun kali pertama bertemu, malah layanan diberi bagaikan sudah lama mengenali seseorang itu. Itulah sisi berbeza Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, 53, yang hanya diketahui individu yang pernah bertemu dengannya.

Biarpun dalam media suaranya lantang mempertahan serta menyuarakan hak pengguna selain riak wajah serius, nyata ia tidak mencerminkan sifat peribadinya. Malah, ketika ditanya mengenai personalitinya yang berbeza, beliau mengakui ia sememangnya bersangkut paut dalam bidang kepenggunaan yang diceburinya. Bidang yang saya ceburi memerlukan saya mesra dengan sesiapa saja kerana individu di dalamnya mencerminkan keadaan persatuan ini. Kerana kita menawarkan khidmat pertolongan, semestinya juga kita mesti mesra dengan sesiapa saja.

Menurut Datuk Nadzim, sepanjang hampir 18 tahun berkecimpung dalam PPIM, pelbagai ugutan diterima, termasuk yang mengancam keselamatan diri serta keluarganya. Namun, setiap dugaan ditempuhi dengan kecekalan, kesabaran dan ketenangan selain mengharapkan perlindungan Allah SWT. PPIM ditubuhkan bagi membantu menangani serta menyelesaikan masalah di kalangan peng guna Islam. Tidak kisah dalam bentuk apa pun, selagi ia menindas, kami akan bantu. Kerana itu kami tawakal dan berserah pada Allah. Saya yakin apa pun halangan kami dapat lalui selagi kami berada pada landasan betul, katanya yang menegaskan, usianya yang kini mencecah 53 tahun bukan menjadi alasan untuk berundur daripada bidang itu.

Menyertai PPIM hampir 18 tahun, beliau berkata, jiwanya sebati dengan kepenggunaan Islam dan kerana itu juga dia langsung tidak pernah terfikir untuk bersara walaupun usianya meningkat. Mungkin sudah biasa, jadi memang saya tak pernah terfikir untuk berhenti daripada bidang ini. Selagi termampu dan ada kudrat, akan saya laksanakan melainkan kesihatan tidak mengizinkan, katanya. Sama seperti insan lain, Nadzim berkata, beliau bersyukur berikutan isteri dan anaknya memahami tugas digalasnya walaupun boleh dikatakan masanya banyak diluangkan bersama PPIM berbanding keluarga. Katanya, tanpa sokongan mereka, beliau tidak mampu bertahan sehingga kini dalam bidang berkenaan yang penuh dengan pelbagai dugaan. Mereka penguat semangat saya untuk terus bertahan sehingga kini walaupun dalam usia yang kini melebihi 50 tahun, katanya.


RINGKASAN SYARAHAN INDUSTRI


Pada 15 November 2017 yang lalu telah berlangsungnya satu program syarahan industri Bersama Ketua Aktivis PPIM di dewan kuliah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini membincangkan berkenaan tajuk “Pinjaman Wang : Ahlong....Boleh Tolong?”. Datuk Nadzim johan sempat berkongsi beberapa contoh kes mengenai bahana Ahlong. Beliau turut berkongsi maklumat yang diperolehi  daripada wartawan Mingguan Malaysia baru-baru ini yang berkesempatan menemui beberapa mangsa penipuan dan penindasan Ahlong serta mendapatkan beberapa fakta mengenai kes penipuan Ahlong daripada Biro Pengaduan Awam MCA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara. Pelbagai kisah duka dikongsi bersama audien dan disimpulkan sebgai kisah “Derita Tak Berkesudahan”.

Antara kes yang sempat dikongsi beliau adalah berkenaan seorang mangsa Ahlong yang tertekan dengan ancaman Ahlong sehingga nekad membunuh diri. Hal ini disebabkan, hutang asalnya yang hanya bernilai RM300 boleh meningkat sehingga RM30,000 dengan pengenaan bunga tidak munasabah oleh pihak Ahlong. Kisah seterusnya berkenaan dengan mangsa bernaama Zabedah (bukan nama sebenar)seorang wanita yang menganggur dan telah meminjam RM700 untuk melangsungkan perkahwinannya. Pihak Ahlong telah meminjamkan sejumlah RM1000 dan memperkenalkan beberapa alternatif pembayaran kepada Zabedah berikutan ketidak mampuan mangsa untuk membayar pinjaman secara langsung iaitu dengan memperkenalkan mangasa dengan Ahlong lain ynag boleh memberi pinjaman kepada mangsa. Dengan beban hutang pinjaman daripada Ahlong-ahlong tersebut menyebabkan jumlah pinjaman mangsa yang hanya bernilai RM 700 meningkat sehingga RM30,000. Akbat tertekan mangsa nekad membunuh dir dengan mengelar tangannya dengan pisau. Ajalnya masih panjang dimana adiknya sempat menyelamatkan mangsa. Namun deritanya belum selesai, diman mangasa masih diburu oleh RM30,000 tersebut.
Kembali kepada syarahan Datuk Nadzim menyatakan salah satu alternatif yang boleh diambil PPIM untuk membantu mangsa-mangsa Ahlong daripada diisytihar muflis adalah dengan meminta kerjasama daripada Kumpulann Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan unuk membayar hutang. Wang berkenaan boleh digunakan bertujuan untuk membayar hutang dan menyelamatkan harta peribadi mangsa seperti rumah dilelong sebelum usia mangsa mencecah 55 tahun.

Katanya, mengikut peruntukan akta, wang simpanan KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencecah 55 tahun bagi kegunaan semasa usia tua dan tidak boleh dikeluarkan selagi tidak cukup tempoh. Ini kerana, lebih daripada 20 aduan yang diterima mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan mengeluarkan caruman KWSP walaupun bertujuan untuk mengelak daripada diisytiharkan muflis. Akta tersebut perlu dikaji semula dan peruntukan baharu harus dilaksanakan bagi membenarkan individu terdesak mengeluarkan wang simpanan sebelum tempoh matang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kesimpulannya, PPIM melihat perkara ini daripada aspek berbeza kerana menyedari individu yang berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sesuatu, pastinya akan menggunakan setiap peluang yang ada didepan mata tanpa berfikir secara rasional. Misalnya, dalam kes Ahlong, kegagalan mendapatkan bantuan kewangan daripada badan berlesen seperti bank menjadi punca seseorang nekad meminjam daripada Ahlong. Prinsip kebanyakan bank yang menggariskan syarat-syarat ketat untuk meluluskan sesuatu pinjaman menjadi penyebab utama seseorang yang memerlukan duit beralih kepada Ahlong. Walaupun golongan yang bekerja sendiri mempunyai harta dalam bentuk tanah atau rumah, kebanyakan bank tidak ingin menjadikannya gadaian dan tetap 'berkeras' mahukan penyata gaji sebagai syarat untuk memberi pinjaman, jadi ini tidak mampu disediakan golongan berkenaan. Beliau menyeru pihak bank lebih prihatin dengan masalah ini supaya melonggarkan syarat peminjaman wang bagi mengelakkan Ahlong dan mangsanya bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Mangsa ah long juga dinasihatkan datang ke PPIM untuk mendapatkan bantuan sewajarnya kerana sebagai pengguna mereka mempunyai hak daripada terus ditindas



Sunday, 18 March 2018

Entry No. 10

PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMUDUGA DI UNIVERSITI



18/3/2018, Ahad, Salam sejahtera, hari ini pok cik nak berkongsi dengan pembaca berkenaan persediaan menghadapi temuduga. Pok cik ni sebenarnya student UKM dan mengambil jurusan ekonomi dan ada pengalaman ditemuduga sebelum masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kenapa temuduga diadakan? Proses ini dijalankan oleh pihak universiti untuk melihat kemampuan dan potensi yang ingin ditonjolkan oleh bakal pelajar. Hal ini dilakukan untuk melihat kemampuan pelajar untuk berfikir secara kritis dan mempunyai kredibiliti dalam isi ucapan.

Bagi pelajar lepasan Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM dan Diploma di luar sana yang telah menerima panggilan temuduga oleh universiti pilihan khususnya panggilan temuduga di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, anda seharusnya bersyukur kerana anda hanya selangkah sebelum menjejakkan kaki kedalam universiti dan diterima di fakulti idaman anda. Oleh itu, para pelajar perlu mengambil peluang keemasan ini untuk melakukan yang terbaik supaya anda diterima masuk.

Asas temuduga adalah bergantung kepada kemampuan anda untuk meyakinkan penemuduga dengan cara anda petah berbicara dan yakin dengan ucapan anda. Jangan risau tiada format khusus semasa anda ditemuduga, namun apa yang dilihat semasa di temuduga adalah sejauh mana anda mampu untuk bercakap dan berkongsi idea anda. Anda akan ditanyakan beberapa soalan seperti maklumat biodata asas anda seperti asal usul, lepasan apa dan cita-cita anda, soalannya nampak mudah namun anda perlu menjawab dengan yakin dan berkarisma, jangan gugup dan hilang fokus.


Kenapa anda memilih kursus yang ditawarkan di dalam fakulti ini?? Soalan ini akan ditanya semasa di temuduga maka anda perlu mula berfikir mengapa anda memilih kursus yang anda pilih semasa pemilihan di laman web UPU. Contohnya, Kenapa anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi?? Apakah matlamat anda selepas mendapat degree?? Apakah potensi anda dalam bidang ini yang boleh membantu berkhidmat untuk pembangunan negara?? berikut adalah contoh soalan yang akan ditanya dan anda perlu bersedia dengan baik dari segi jawapan yang baik.

Anda juga tidak akan terlepas dengan ditanya soalan berkaitan dengan isu semasa dan peristiwa yang berkaitan dengan kursus yang ingin anda ambil. Contohnya, isu berkaitan dengan GST, pasaran BITCOIN, Halangan komunikasi dalam masyarakat, isu Rohingya dan isu-isu dalam negara dan diluar negara. Pelajar akan ditanya berkenaan pendapat dan cara menyelesaikan masalah ini mengikut pendapat mereka. Penemuduga akan melihat cara anda menjawab secara spontan dan kemahiran anda menyusun kata dan pendekatan rasional apa yang akan anda kongsikan bagi menyelesaikan sesuatu isu dan meyakinkan penemuduga bahawa solusi anda boleh digunapakai.


Etika pemakaian semasa di temuduga adalah formal dan tidak perlu memakai blazer cukup sekadar memakai baju berkolar dan bagi pelajar wanita berbaju kurung dan tidak perlu baju kurung yang seakan akan Diva kerana cara pemakaian berlebihan akan menyebabkan timbul persepsi negatif penemuduga terhadap anda. Kepada semua calon yang akan di temuduga, anda perlu mengetepikan keputusan CGPA dan MUET anda apabila di temuduga kerana setelah anda dipanggil untuk ditemuduga anda sudah layak dari aspek akademik dan pada peringkat temuduga yang membezakan anda dengan calon lain adalah kemahiran anda dan tahap penglibatan anda dengan program kesukarelawan. 

Jika anda benar-benar ingin menjadi seorang pelajar yang bakal menuntut di universiti maka anda perlu buat persedian daripada sekarang! Jaga hubungan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan, jaga solat anda dan banyakkan berdoa sebelum hari temuduga supaya anda lebih tenang semasa di temuduga. Pastikan anda buat yang terbaik dan tunjukkan kemampuan anda kepada penemuduga.

Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada sesi ini berjumpa lagi di sesi yang seterusnya.

Saturday, 17 March 2018

Entry No. 09

CHECKLIST BARANG KEPERLUAN SEBELUM MASUK UNIVERSITI

17/3/2018, Sabtu, Memandangkan keputusan SPM 2017 telah diumumkan beberapa minggu yang lepas pok cik ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan teruskan usaha anda sehingga ke alam universiti nanti. Bagi pelajar yang kurang cemerlang jangan bimbang masih ada cara untuk anda melanjutkan pelajaran ke universiti awam samaada melalui STPM, STAM, Matrikulasi dan Asasi. Usaha lebih untuk mendapatkan pointer 3.5 ke atas di peringkat universiti nanti.

Pelajar baru sering kali tertanya-tanya berkenaan dokumen yang perlu dibawa sebelum melangkah ke alam universiti bertujuan memudahkan urusan di universiti nanti.

PALING WAJIB
  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan slip SPM pelajar
  • Salinan slip STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti
  • Semua jenis sijil yang dimiliki pelajar
  • Slip penyata gaji ibu bapa
  • Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
  • Laporan pemeriksaan kesihatan/X-Ray
  • Gambar passport (6 keping ke atas)
Sediakan sebuah fail khas untuk menyimpan ke semua dokumen di atas.


GADGET DAN BARANG ELEKTRIK

  • Laptop & charger
  • Handphone & charger & earphone & powerbank
  • Pendrive x 2
  • Iron baju 
  • Extension wire
  • Heater
EMERGENCY KIT

  • Ubat-ubatan
  • Minyak gamat
  • Handyplaster
  • Minyak angin
KEPERLUAN BILIK


  • Cadar dan sarung bantal
  • Bantal
  • Selimut
  • Tong sampah kecil
  • Alas kaki
  • Padlock
  • Plastic bags
  • Jam dinding
  • Cermin kecil
  • Kertas surat khabar lama (alas locker)
  • Kalendar

Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada sesi ini semoga bertemu di sesi yang lain.


Friday, 16 March 2018

Entry No. 08

SENARAI LAMAN WEB ANIME POPULAR 2018 
(ENGLISH SUBS) 


16/3/2018, Jumaat, Salam Sejahtera semua, hari ni pok cik nak share sikit berkenaan dengan hobi pok cik iaitu menonton anime. Sekarang ni macam-macam anime yang dah diterbitkan dan bagi siapa yang berminat dengan anime tapi tak tahu laman web mana nak tengok anime jangan risau pok cik akan senaraikan beberapa laman web yang terbaik untuk menonton anime.

5 laman web anime popular 

No. 1 anime website - Kissanime.com

Kissanime adalah laman web anime yang paling popular di mana laman web ini membolehkan pengunjung untuk menonton anime dengan paparan paling berkualiti. Laman web ini menawarkan pelbagai genre anime dan mempunyai sumber anime yang banyak dan pengunjung boleh memilih pelbagai format kualiti paparan dari 240p hingga 1080p. Tambahan lagi, Kissanime boleh dibuka melalui telefon pintar kerana ada sambungan HTML 5.


No. 2 anime website - Crunchyroll.com

Laman web terkenal kerana sangat aktif dalam menyiarkan anime mengikut masa sebenar anime tersebut disiarkan di Jepun.Crunchyroll menyediakan pelbagai penyelesaian untuk mencari anime yang paling sesuai untuk pengunjung. Laman web ini membahagikan anime mengikut kategori dan genre mengikut anime terbaru, drama terbaru dan forum untuk membincangkan anime dengan pengunjung lain di laman web tersebut.


No. 3 anime website - animeheaven.org

Laman web ini merupakan sebuah lagi laman sesawang yang menawarkan senarai anime yang boleh ditonton secara percuma. Anda boleh mencari kartun, siri anime, siri yang masih dalam siaran, movie dan pilihan senarai anime baru mengikut rating di laman sesawang ini. Sesuai di paparkan di dalam Windows 7/8/10 dan komputer Mac. Tambahan, animeheaven mempunyai kelebihan yang membolehkan pengunjung memuat turun anime kegemaran mereka ke dalam komputer mengikut kualiti video yang dikehendaki.


No. 4 anime website - animeseason.com

Animeseason menjalankan tugas yang baik dengan menyediakan siri anime terbaru untuk pengunjung laman sesawangnya. Anda dapat menonton anime terkenal dan popular dan boleh mengundi untuk menjadikan anime kegemaran anda masuk ke dalam senarai anime-anime popular. Selain itu, bagi memudahkan pencarian anime, laman ini telah membahagikan anime mengikut anime dengan episode terbaru, oengenalan anime baru, anime dengan rate tertinggi dan anime yang baru ditambah. Jika anda berminat dengan kategori ini? Layarilah laman sesawang ini untuk mencari anime kegemaran anda.


No. 5 anime website - animestreams.tv

animestream adalah sebuah laman sesawang yang mesra pengguna kerana mudah dinavigasi dan tidak mempunyai "popup ads". Anda boleh mencari anime kegemaran anda dengan mudah dan laman ini menyediakan anime dengan sari kata dalam bahasa inggeris.  Jika anda benar-benar meminati sesebuah anime, sila layari laman web ini untuk mencari anime yang anda inginkan.



Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada sesi ini semoga berjumpa lagi di blog yang akan datang.

Thursday, 15 March 2018

Entry No. 07

5 MASALAH KOMUNIKASI UTAMA DI TEMPAT KERJA




15/3/2018, Khamis, Komunikasi di tempat kerja merupakan satu keperluan yang penting dalam sistem organisasi. Mengenalpasti punca utama yang menyebabkan sistem komunikasi gagal di  tempat kerja membantu memastikan kemahiran komunikasi dalam organisasi dapat diterapkan kepada subordinat. Pemulihan jaringan komunikasi antara subordinat membantu meningkatkan produktiviti dengan membolahkan subordinat bekerjasama. Pemantauan ke atas situasi tempat kerja dilakukan dan beberapa punca telah dikenalpasti.

1) Piawaian (Standard) Tidak Tetap

Tanpa satu sistem komunikasi tetap di tempat kerja, hal ini menyebabkan kelemahan dari aspek kekerapan pekerja berkomunikasi kerana media komunikasi yang tidak tetap. Pembentukan satu media komunikasi yang piawai yang boleh digunakan pekerja dan pelanggan menjadikan urusan organisasi lebih teratur dan lancar. Elakkan terlalu bergantung ke atas satu bentuk komunikasi sahaja. Contohnya, menggunakan komunikasi secara lisan menyebabkan hasil perbincangan sukar disimpan dan tidak dapat dikaji.

2) Halangan Komunikasi

Perbezaan latar belakang atau pengalaman pekerjaan menyebabkan wujudnya halangan di antara sebahagian subordinat. Tanpa sebarang persamaan, subordinat berkemungkinan menjumpai topik yang berkaitan atau memahami perkara yang dibincangkan oleh subordinat lain. Perbezaan budaya turut menimbulkan kesulitan dalam komunikasi bukan lisan, menyebabkan salah paham atau percampuran maklumat dan mesej.


3) Mencampurkan Komunikasi Peribadi dan Kerja

Sesetengah subordinat lebih cenderung untuk menggabungkan kehidupan peribadi dalam komunikasi di tempat kerja. Komunikasi peribadi menyebabkan nilai profesionalisme di tempat kerja terhakis, hal ini menyebabkan gosip dan khabar angin mudah terhasil dan tersebar di dalam setiap unit organisasi, menyebabkan motivasi untuk bekerja merosot dan dalam situasi lebih serius menyebabkan tuduhan dan gangguan peribadi.

4) Tanggapan dan Salah Tafsir

Komunikasi terdedah dengan interpretasi individu dan sering kali disalah tafsir. Masyarakat sering membuat andaian berdasarkan maklumat yang didengar atau dibaca dari sumber lain yang tidak diproses dengan tepat dan terperinci. Komunikasi tidak lisan dan ringkasan ayat boeh menyebabkan individu cenderung untuk membuat andaian dan mengganggu penyampaian maklumat kerana isi kandungan komunikasi telah di salah tafsir. Contohnya, pekerja mengelak untuk bertentang mata menyebabkan individu lain membuat andaian pekerja tersebut berkemungkinan menyembunyikan sesuatu apabila dia merasa inferior kompleks.

5) Kurang Kemahiran Mendengar

Perkongsian maklumat adalah sebahagian daripada proses komunikasi. Kekuatan kemahiran mendengar secara kritikal adalah perlu untuk berkomunikasi secara efektif dan memahami mesej yang dikongsikan melalui penyampaian. Subordinat yang gagal mendengar atau tidak tahu mendengar secara aktif terhadap sesuatu perkara berkemungkinan besar tersalah tafsir maklumat atau tidak tahu apa yang sedang berlaku di persekitaran tempat kerjanya.



Kesimpulannya, komunikasi yang baik di dalam tempat kerja membantu menjadikan operasi pekerjaan lebih teratur dan lancar. Kesannya, produktiviti dan pekerja dengan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dapat dihasilkan dan ini membantu mempercepat perkembangan organisasi.

Sunday, 4 March 2018

Entry No. 06

PEMILIHAN CAT-CAT YANG SESUAI UNTUK MURAL


4/3/2018, Ahad, Salam Sejahtera, Hari ini Pok Cik nak berkongsi sedikit dengan para pembaca mengenai cara pemilihan cat-cat mural supaya mural yang dihasilkan tahan lama dan menarik.

Melukis mural di tembok dan dinding merupakan alternatif sempurna daripada menggunakan wallpaper. Dalam proses penghasilan mural, aspek pemilihan cat perlu di titik beratkan agar tidak berlaku sebarang kecacatan pada mural yang bakal dihasilkan.

Sehebat mana lukisan yang dihasilkan jika menggunakan media yang tidak sesuai dengan permukaannya sudah pasti ia tidak akan tahan lama dan akan dimamah usia. Disini terdapat beberapa alternatif pemilihan cat yang sesuai digunakan untuk mural:-

1) Cat Dasar untuk Melukis Dinding (CAT LATEX)


Untuk menghasilkan mural yang menarik serta mampu menarik perhatian umum adalah dengan memilih cat dasar yang sesuai. Kebiasaannya cat dasar yang selalu digunakan adalah berwarna putih bertujuan memastikan warna yang akan disapu pada permukaan kemudiannya lebih sempurna dan rata tanpa perlu lapisan yang banyak. 

Kelebihan menggunakan cat ini adalah tempoh masa pengeringannya yang pantas dan tidak mudah mengelupas serta menjadikan cat ini material ideal untuk dijadikan cat dasar lukisan mural.  

2) Cat Akrilik (terbaik untuk mural)


Cat Akrilik digunakan pada saat melukis objek atau imej utama mural kerana cat akrilik mudah untuk dikawal serta mudah untuk dicampur dan diratakan pada permukaan dinding.

Untuk menghasilkan mural yang mempunyai pelbagai warna, cat ini memang sesuai digunakan kerana memiliki pilihan pigment warna yang pelbagai dari warna asas sehingga warna yang jarang dihasilkan.

Sifat cat ini yang mudah kering serta kalis air membuatkan mural lebih tahan lama serta mampu menimbulkan warna-warna yang terang dan menarik seterusnya memberi penegasan terhadap mural yang dihasilkan.

3) Cat Varnish (Cat Penutup)


Fungsi utama cat ini adalah untuk memastikan angka hayat mural lebih lama kerana sifat cat ini yang kalis air dan meningkatkan lagi kualiti dan warna mural yang dihasilkan.

Cat ini digelar cat penutup kerana sering digunakan pada hujung proses penghasilan mural dan digunakan untuk mematikan warna supaya apabila terdedah kepada cuaca mendap atau air hujan cat tidak mudah terhakis dan mural mampu bertahan dengan lebih lama.

Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada hari ini semoga maklumat ini membantu pembaca blog ini :) Terima Kasih.



Saturday, 3 March 2018

Entry No. 05

Cara Menghasilkan Mural Dan Cat-cat yang Sesuai Digunakan.


3/3/2018, Sabtu, Salam sejahtera, Berjumpa lagi kita pada minggu ini :) Hari ini Pok Cik nak berkongsi sedikit dengan pembaca bagaimana nak menghasilkan mural yang berkualiti dan mudah untuk dihasilkan berserta cat-cat yang sesuai digunakan.

Pertama sekali ingin Pok Cik nyatakan mural adalah kaedah menggambarkan sesuatu imej diatas suatu permukaan yang luas (dinding, kain rentang, dll) yang bersifat kekal dan sukar untuk diubah.

Jika dibandingkan seni mural dengan seni grafiti perbezaannya terletak pada media dan  tema yang digunakan. Grafiti lebih mengkhusus pada penggunaan seni typografi atau susunan tulisan yang diolah dengan versi yang berbeza dan media yang digunakan mengkhusus pada cat sembur (spray paint) manakala mural lebih bebas tidak tertumpu kepada satu-satu tema sahaja tetapi lebih menyeluruh dan media yang digunakan lebih pelbagai contohnya cat tembok atau cat kayu dll.

Langkah-langkah menghasilkan mural :-

1) Penentuan Tema Mural

Tema sangat penting kerana ia menentukan bentuk atau genre mural yang akan dihasilkan. Tema perlu serasi dengan ruang dan persekitaran dinding atau permukaan kawasan yang akan dijadikan mural agar mural mudah dilihat dan dihayati. Seterusnya, menghasilkan lakaran asas untuk mengetahui lukisan yang akan dihasilkan dan bertujuan untuk membandingkan penggunaan ruang yang maksimum tanpa sebarang pembaziran.

2) Menyediakan peralatan untuk mengecat

Pertama sekali, sebelum membeli peralatan mengecat, lihat keadaan permukaan yang akan dijadikan mural, jika keadaannya baik tidak perlu penambahbaikan namun jika keadaan dinding mempunyai rekahan dan tidak rata beberapa barangan perlu disertakan untuk memperbaiki dinding.

Senarai Barang Keperluan :-

  1. Sediakan cat dengan warna asas (Merah, Biru, Kuning, Hitam, Putih dan Coklat)
  2. Thinner (berfungsi untuk membersihkan peralatan cat)
  3. Berus cat dengan saiz kecil, Sederhana dan Besar untuk kegunaan pada pelbagai ruang
  4. Masking Tape/ Selo Tape (digunakan untuk mengelak cat atau warna terkena pada permukaan lain supaya mural kelihatan kemas dan teratur)
  5. Sediakan bekas khas untuk mencampurkan warna


3) Proses Melukis
  1. Bersihkan dinding dari kotoran/minyak dengan cara dikikis, dilap atau dicuci.
  2. Bahagian yang berlubang perlu disumbat dengan tepung penyumbat (woodfiller) dan diratakan
  3. Tampal masking tape dibahagan sisi atau penjuru permukaan untuk mengelak kesan comot pada permukaan lain
  4. Buka cat dan sediakan berus serta tempat campuran cat berdekatan dengan permukaan mural
  5. Jika permukaan mempunyai warna asing selain putih, terlebih dahulu mengecat semua permukaan mural warna putih dahulu untuk menimbulkan warna mural dan tunggu sehingga kering dahulu  
  6. Mulakan warnaan dengan objek atau imej utama (contohnya mural di dalam hutan perlu dimulakan  dengan mewarna batang pokok dahulu kemudian baru diteruskan dengan daun)
  7. Selesai mewarna keseluruhan mural, tunggu keseluruhan mural kering dan tanggalkan masking tape perlahan-lahan supaya tiada cat yang akan menitis atau tercampur.
  8. Biarkan mural kering dan elakkan daripada di sentuh oleh tangan-tangan jahil dan nikmatilah pemandangan baharu di ruangan tersebut.


contoh proses penghasilan mural



Itu sahaja yang Pok cik Boleh kongsikan hari ini dan untuk post seterusnya pok cik akan sambung bahagian pemilihan cat-cat yang sesuai untuk mural. Terima Kasih :)

Entry No. 28

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. MAKAN DAN MINUM DENGAN SENGAJA MAKAN DAN MINUM SECARA SENGAJA. NAMUN, SESIAPA YANG MAKAN A...