PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMUDUGA DI UNIVERSITI
18/3/2018, Ahad, Salam sejahtera, hari ini pok cik nak berkongsi dengan pembaca berkenaan persediaan menghadapi temuduga. Pok cik ni sebenarnya student UKM dan mengambil jurusan ekonomi dan ada pengalaman ditemuduga sebelum masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kenapa temuduga diadakan? Proses ini dijalankan oleh pihak universiti untuk melihat kemampuan dan potensi yang ingin ditonjolkan oleh bakal pelajar. Hal ini dilakukan untuk melihat kemampuan pelajar untuk berfikir secara kritis dan mempunyai kredibiliti dalam isi ucapan.
Bagi pelajar lepasan Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM dan Diploma di luar sana yang telah menerima panggilan temuduga oleh universiti pilihan khususnya panggilan temuduga di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, anda seharusnya bersyukur kerana anda hanya selangkah sebelum menjejakkan kaki kedalam universiti dan diterima di fakulti idaman anda. Oleh itu, para pelajar perlu mengambil peluang keemasan ini untuk melakukan yang terbaik supaya anda diterima masuk.
Asas temuduga adalah bergantung kepada kemampuan anda untuk meyakinkan penemuduga dengan cara anda petah berbicara dan yakin dengan ucapan anda. Jangan risau tiada format khusus semasa anda ditemuduga, namun apa yang dilihat semasa di temuduga adalah sejauh mana anda mampu untuk bercakap dan berkongsi idea anda. Anda akan ditanyakan beberapa soalan seperti maklumat biodata asas anda seperti asal usul, lepasan apa dan cita-cita anda, soalannya nampak mudah namun anda perlu menjawab dengan yakin dan berkarisma, jangan gugup dan hilang fokus.
Kenapa anda memilih kursus yang ditawarkan di dalam fakulti ini?? Soalan ini akan ditanya semasa di temuduga maka anda perlu mula berfikir mengapa anda memilih kursus yang anda pilih semasa pemilihan di laman web UPU. Contohnya, Kenapa anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi?? Apakah matlamat anda selepas mendapat degree?? Apakah potensi anda dalam bidang ini yang boleh membantu berkhidmat untuk pembangunan negara?? berikut adalah contoh soalan yang akan ditanya dan anda perlu bersedia dengan baik dari segi jawapan yang baik.
Anda juga tidak akan terlepas dengan ditanya soalan berkaitan dengan isu semasa dan peristiwa yang berkaitan dengan kursus yang ingin anda ambil. Contohnya, isu berkaitan dengan GST, pasaran BITCOIN, Halangan komunikasi dalam masyarakat, isu Rohingya dan isu-isu dalam negara dan diluar negara. Pelajar akan ditanya berkenaan pendapat dan cara menyelesaikan masalah ini mengikut pendapat mereka. Penemuduga akan melihat cara anda menjawab secara spontan dan kemahiran anda menyusun kata dan pendekatan rasional apa yang akan anda kongsikan bagi menyelesaikan sesuatu isu dan meyakinkan penemuduga bahawa solusi anda boleh digunapakai.
Etika pemakaian semasa di temuduga adalah formal dan tidak perlu memakai blazer cukup sekadar memakai baju berkolar dan bagi pelajar wanita berbaju kurung dan tidak perlu baju kurung yang seakan akan Diva kerana cara pemakaian berlebihan akan menyebabkan timbul persepsi negatif penemuduga terhadap anda. Kepada semua calon yang akan di temuduga, anda perlu mengetepikan keputusan CGPA dan MUET anda apabila di temuduga kerana setelah anda dipanggil untuk ditemuduga anda sudah layak dari aspek akademik dan pada peringkat temuduga yang membezakan anda dengan calon lain adalah kemahiran anda dan tahap penglibatan anda dengan program kesukarelawan.
Jika anda benar-benar ingin menjadi seorang pelajar yang bakal menuntut di universiti maka anda perlu buat persedian daripada sekarang! Jaga hubungan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan, jaga solat anda dan banyakkan berdoa sebelum hari temuduga supaya anda lebih tenang semasa di temuduga. Pastikan anda buat yang terbaik dan tunjukkan kemampuan anda kepada penemuduga.
Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada sesi ini berjumpa lagi di sesi yang seterusnya.



No comments:
Post a Comment