Saturday, 24 March 2018

Entry No. 11


LATAR BELAKANG PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

 


 





PENGENALAN

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.


VISI PENUBUHAN

• Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.
• Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.
• PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positifi dalam kehidupan ummah.


OBJEKTIF PENUBUHAN

• Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap memperjuangkan hak kepenggunaan Islam.
• Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam kepenggunaan.
• Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya.
• Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif.
• Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara positif.


PROFIL KETUA AKTIVIS PPIM


Nama beliau adalah Datuk Nadzim Johan dan beliau asal dari Kuala Kangar, Perak. Beliau memang lantang bersuara dalam memberi pendapat. Dalam banyak keadaan, suaranya yang lantang dan tegas sememangnya dihormati kebanyakan pihak selain ditakuti lawannya. Kerana kelantangannya, ramai menganggap beliau serius dan garang. Namun, bagi yang mengenali individu ini apatah lagi bertemu dengannya, personaliti lelaki ini sebenarnya sangat berbeza. Ini kerana beliau cepat mesra dengan sesiapa saja walaupun kali pertama bertemu, malah layanan diberi bagaikan sudah lama mengenali seseorang itu. Itulah sisi berbeza Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, 53, yang hanya diketahui individu yang pernah bertemu dengannya.

Biarpun dalam media suaranya lantang mempertahan serta menyuarakan hak pengguna selain riak wajah serius, nyata ia tidak mencerminkan sifat peribadinya. Malah, ketika ditanya mengenai personalitinya yang berbeza, beliau mengakui ia sememangnya bersangkut paut dalam bidang kepenggunaan yang diceburinya. Bidang yang saya ceburi memerlukan saya mesra dengan sesiapa saja kerana individu di dalamnya mencerminkan keadaan persatuan ini. Kerana kita menawarkan khidmat pertolongan, semestinya juga kita mesti mesra dengan sesiapa saja.

Menurut Datuk Nadzim, sepanjang hampir 18 tahun berkecimpung dalam PPIM, pelbagai ugutan diterima, termasuk yang mengancam keselamatan diri serta keluarganya. Namun, setiap dugaan ditempuhi dengan kecekalan, kesabaran dan ketenangan selain mengharapkan perlindungan Allah SWT. PPIM ditubuhkan bagi membantu menangani serta menyelesaikan masalah di kalangan peng guna Islam. Tidak kisah dalam bentuk apa pun, selagi ia menindas, kami akan bantu. Kerana itu kami tawakal dan berserah pada Allah. Saya yakin apa pun halangan kami dapat lalui selagi kami berada pada landasan betul, katanya yang menegaskan, usianya yang kini mencecah 53 tahun bukan menjadi alasan untuk berundur daripada bidang itu.

Menyertai PPIM hampir 18 tahun, beliau berkata, jiwanya sebati dengan kepenggunaan Islam dan kerana itu juga dia langsung tidak pernah terfikir untuk bersara walaupun usianya meningkat. Mungkin sudah biasa, jadi memang saya tak pernah terfikir untuk berhenti daripada bidang ini. Selagi termampu dan ada kudrat, akan saya laksanakan melainkan kesihatan tidak mengizinkan, katanya. Sama seperti insan lain, Nadzim berkata, beliau bersyukur berikutan isteri dan anaknya memahami tugas digalasnya walaupun boleh dikatakan masanya banyak diluangkan bersama PPIM berbanding keluarga. Katanya, tanpa sokongan mereka, beliau tidak mampu bertahan sehingga kini dalam bidang berkenaan yang penuh dengan pelbagai dugaan. Mereka penguat semangat saya untuk terus bertahan sehingga kini walaupun dalam usia yang kini melebihi 50 tahun, katanya.


RINGKASAN SYARAHAN INDUSTRI


Pada 15 November 2017 yang lalu telah berlangsungnya satu program syarahan industri Bersama Ketua Aktivis PPIM di dewan kuliah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini membincangkan berkenaan tajuk “Pinjaman Wang : Ahlong....Boleh Tolong?”. Datuk Nadzim johan sempat berkongsi beberapa contoh kes mengenai bahana Ahlong. Beliau turut berkongsi maklumat yang diperolehi  daripada wartawan Mingguan Malaysia baru-baru ini yang berkesempatan menemui beberapa mangsa penipuan dan penindasan Ahlong serta mendapatkan beberapa fakta mengenai kes penipuan Ahlong daripada Biro Pengaduan Awam MCA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara. Pelbagai kisah duka dikongsi bersama audien dan disimpulkan sebgai kisah “Derita Tak Berkesudahan”.

Antara kes yang sempat dikongsi beliau adalah berkenaan seorang mangsa Ahlong yang tertekan dengan ancaman Ahlong sehingga nekad membunuh diri. Hal ini disebabkan, hutang asalnya yang hanya bernilai RM300 boleh meningkat sehingga RM30,000 dengan pengenaan bunga tidak munasabah oleh pihak Ahlong. Kisah seterusnya berkenaan dengan mangsa bernaama Zabedah (bukan nama sebenar)seorang wanita yang menganggur dan telah meminjam RM700 untuk melangsungkan perkahwinannya. Pihak Ahlong telah meminjamkan sejumlah RM1000 dan memperkenalkan beberapa alternatif pembayaran kepada Zabedah berikutan ketidak mampuan mangsa untuk membayar pinjaman secara langsung iaitu dengan memperkenalkan mangasa dengan Ahlong lain ynag boleh memberi pinjaman kepada mangsa. Dengan beban hutang pinjaman daripada Ahlong-ahlong tersebut menyebabkan jumlah pinjaman mangsa yang hanya bernilai RM 700 meningkat sehingga RM30,000. Akbat tertekan mangsa nekad membunuh dir dengan mengelar tangannya dengan pisau. Ajalnya masih panjang dimana adiknya sempat menyelamatkan mangsa. Namun deritanya belum selesai, diman mangasa masih diburu oleh RM30,000 tersebut.
Kembali kepada syarahan Datuk Nadzim menyatakan salah satu alternatif yang boleh diambil PPIM untuk membantu mangsa-mangsa Ahlong daripada diisytihar muflis adalah dengan meminta kerjasama daripada Kumpulann Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan unuk membayar hutang. Wang berkenaan boleh digunakan bertujuan untuk membayar hutang dan menyelamatkan harta peribadi mangsa seperti rumah dilelong sebelum usia mangsa mencecah 55 tahun.

Katanya, mengikut peruntukan akta, wang simpanan KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencecah 55 tahun bagi kegunaan semasa usia tua dan tidak boleh dikeluarkan selagi tidak cukup tempoh. Ini kerana, lebih daripada 20 aduan yang diterima mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan mengeluarkan caruman KWSP walaupun bertujuan untuk mengelak daripada diisytiharkan muflis. Akta tersebut perlu dikaji semula dan peruntukan baharu harus dilaksanakan bagi membenarkan individu terdesak mengeluarkan wang simpanan sebelum tempoh matang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kesimpulannya, PPIM melihat perkara ini daripada aspek berbeza kerana menyedari individu yang berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sesuatu, pastinya akan menggunakan setiap peluang yang ada didepan mata tanpa berfikir secara rasional. Misalnya, dalam kes Ahlong, kegagalan mendapatkan bantuan kewangan daripada badan berlesen seperti bank menjadi punca seseorang nekad meminjam daripada Ahlong. Prinsip kebanyakan bank yang menggariskan syarat-syarat ketat untuk meluluskan sesuatu pinjaman menjadi penyebab utama seseorang yang memerlukan duit beralih kepada Ahlong. Walaupun golongan yang bekerja sendiri mempunyai harta dalam bentuk tanah atau rumah, kebanyakan bank tidak ingin menjadikannya gadaian dan tetap 'berkeras' mahukan penyata gaji sebagai syarat untuk memberi pinjaman, jadi ini tidak mampu disediakan golongan berkenaan. Beliau menyeru pihak bank lebih prihatin dengan masalah ini supaya melonggarkan syarat peminjaman wang bagi mengelakkan Ahlong dan mangsanya bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Mangsa ah long juga dinasihatkan datang ke PPIM untuk mendapatkan bantuan sewajarnya kerana sebagai pengguna mereka mempunyai hak daripada terus ditindas



No comments:

Post a Comment

Entry No. 28

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. MAKAN DAN MINUM DENGAN SENGAJA MAKAN DAN MINUM SECARA SENGAJA. NAMUN, SESIAPA YANG MAKAN A...