Cara Menghasilkan Mural Dan Cat-cat yang Sesuai Digunakan.
3/3/2018, Sabtu, Salam sejahtera, Berjumpa lagi kita pada minggu ini :) Hari ini Pok Cik nak berkongsi sedikit dengan pembaca bagaimana nak menghasilkan mural yang berkualiti dan mudah untuk dihasilkan berserta cat-cat yang sesuai digunakan.
Pertama sekali ingin Pok Cik nyatakan mural adalah kaedah menggambarkan sesuatu imej diatas suatu permukaan yang luas (dinding, kain rentang, dll) yang bersifat kekal dan sukar untuk diubah.
Jika dibandingkan seni mural dengan seni grafiti perbezaannya terletak pada media dan tema yang digunakan. Grafiti lebih mengkhusus pada penggunaan seni typografi atau susunan tulisan yang diolah dengan versi yang berbeza dan media yang digunakan mengkhusus pada cat sembur (spray paint) manakala mural lebih bebas tidak tertumpu kepada satu-satu tema sahaja tetapi lebih menyeluruh dan media yang digunakan lebih pelbagai contohnya cat tembok atau cat kayu dll.
Langkah-langkah menghasilkan mural :-
1) Penentuan Tema Mural
Tema sangat penting kerana ia menentukan bentuk atau genre mural yang akan dihasilkan. Tema perlu serasi dengan ruang dan persekitaran dinding atau permukaan kawasan yang akan dijadikan mural agar mural mudah dilihat dan dihayati. Seterusnya, menghasilkan lakaran asas untuk mengetahui lukisan yang akan dihasilkan dan bertujuan untuk membandingkan penggunaan ruang yang maksimum tanpa sebarang pembaziran.
2) Menyediakan peralatan untuk mengecat
Pertama sekali, sebelum membeli peralatan mengecat, lihat keadaan permukaan yang akan dijadikan mural, jika keadaannya baik tidak perlu penambahbaikan namun jika keadaan dinding mempunyai rekahan dan tidak rata beberapa barangan perlu disertakan untuk memperbaiki dinding.
Senarai Barang Keperluan :-
- Sediakan cat dengan warna asas (Merah, Biru, Kuning, Hitam, Putih dan Coklat)
- Thinner (berfungsi untuk membersihkan peralatan cat)
- Berus cat dengan saiz kecil, Sederhana dan Besar untuk kegunaan pada pelbagai ruang
- Masking Tape/ Selo Tape (digunakan untuk mengelak cat atau warna terkena pada permukaan lain supaya mural kelihatan kemas dan teratur)
- Sediakan bekas khas untuk mencampurkan warna
3) Proses Melukis
- Bersihkan dinding dari kotoran/minyak dengan cara dikikis, dilap atau dicuci.
- Bahagian yang berlubang perlu disumbat dengan tepung penyumbat (woodfiller) dan diratakan
- Tampal masking tape dibahagan sisi atau penjuru permukaan untuk mengelak kesan comot pada permukaan lain
- Buka cat dan sediakan berus serta tempat campuran cat berdekatan dengan permukaan mural
- Jika permukaan mempunyai warna asing selain putih, terlebih dahulu mengecat semua permukaan mural warna putih dahulu untuk menimbulkan warna mural dan tunggu sehingga kering dahulu
- Mulakan warnaan dengan objek atau imej utama (contohnya mural di dalam hutan perlu dimulakan dengan mewarna batang pokok dahulu kemudian baru diteruskan dengan daun)
- Selesai mewarna keseluruhan mural, tunggu keseluruhan mural kering dan tanggalkan masking tape perlahan-lahan supaya tiada cat yang akan menitis atau tercampur.
- Biarkan mural kering dan elakkan daripada di sentuh oleh tangan-tangan jahil dan nikmatilah pemandangan baharu di ruangan tersebut.
contoh proses penghasilan mural
Itu sahaja yang Pok cik Boleh kongsikan hari ini dan untuk post seterusnya pok cik akan sambung bahagian pemilihan cat-cat yang sesuai untuk mural. Terima Kasih :)





No comments:
Post a Comment