PERTANDINGAN
CIPTAAN LAGU BAHASA MELAYU
MAKUM 2017
Muzik adalah ungkapan perasaan yang dituangkan dalam
bentuk bunyi-bunyian. Muzik yang baik mengandungi beberapa unsur seperti
melodi, ritma dan irama. Lagu pula adalah hasil karya muzik yang dihasilkan
dengan gabungan rangkaian nada-nada yang dinyayikan mengikut corak dan bentuk
tertentu.
Penghasilan sebuah lagu tidak hanya bergantung kepada
bakat sahaja. Bakat apabila tidak disokong, diberi peluang dan di asah
pengetahuan tidak akan berkembang dengan baik. Untuk menghasilkan muzik dengan
baik, bakat perlu dipupuk seiring dengan latar pengetahuan muzik dan penggunaan
Bahasa yang kukuh.
Justeru itu, cadangan ini dikemukakan bertujuan
memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar universiti dalam penulisan
lagu dan lirik. Selain itu, projek ini diharap dapat menyediakan peluang kepada
mahasiswa untuk mengasah bakat masing-masing terutama dalam penulisan lagu
serta mengiktiraf mereka.
OBJEKTIF
1) Memberi
pendedahan kepada mahasiswa IPTA dalam penulisan lagu dan lirik
2) Memberi
peluang kepada penulis lagu dan lirik mempamerkan karya mereka pada peringkat
universiti dan bersaing secara sihat
3) Memupuk
dam menggalakkan rasa cinta akan Bahasa Kebangsaan
PENCAPAIAN OBJEKTIF
Secara keseluruhan objektif program ini berjaya
dicapai dengan begitu baik sekali dimana objektif pertama ditepati dengan
memperkenalkan kepada mahasiswa peluang bagi mereka yang berminat untuk
mendalami industri penghasilan lagu dan lirik. Selain itu, objektif kedua
ditepati dengan memberi platform terbaik kepada peserta untuk mempersembahkan
hasil karya mereka di peringkat yang tinggi dan lagu-lagu merkea diberi peluang
untuk dkritik oleh indidvidu veteran didalam industri muzik tanah air. Di
samping itu, objektif ketiga berjaya ditepati dengan wujudnya pertandingan
ciptaan lagu seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau dalam loghat Bahasa
Melayu di Malaysia. Hal ini disokong kuat dengan mengadakan pertandingan di
Universiti Kebangsaan Malaysia yang terkenal kerana memartabatkan Bahasa
Melayu.
MAKLUMAT PERSEMBAHAN
Tarikh : 30/11/2017
– 2/12/2017
Tempat : Panggung
Seni UKM
Masa : 8:00
pagi hingga 11:00 malam
Urus setia program : Pusat Kebudayaan UKM
Wakil peserta dari
universiti : 1) UKM : KEMANISAN TERINDAH
2)
UM : PEJUANG
3)
UUM : RINDU AYAH
4)
UNISZA : MIMPI YANG BERULANG
5)
UPM : IKHLAS MENCINTAI
6)
USIM : DOA ANAK MARHAEN
7)
UPSI : BERSATULAH DUNIA
8)
UNIMAP : NARASIKU
TENTATIF
PERGERAKAN KERJA BELAKANG TABIR
Pada 30/11/2017 bermula dengan sesi pendaftaran
peserta daripada universiti yang menyertai pertandingan ini. Peserta terawal
adalah daripada university utara Malaysia dan diikuti peserta universiti lain.
Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal 8:00 pagi dan pendaftaran terakhir
selewat 1:00 ptg dan kaunter dijaga oleh ahli kumpulan cipta lagu tahun 1, 2
dan 3.
Selepas mendaftar peserta telah
dibawa oleh wakil ahli kumpulan cipta lagu untuk ke tempat kediaman
masing-masing iaitu di blok eksklusif Kolej Rahim Kajai yang terletak
berdekatan dengan DECTAR. Seterusnya, sesi taklimat acara dilakukan disebelah
petang iaitu bermula pada jam 2:00 petang yang diberikan oleh Puan Hazelina dan
Encik Amar selaku wakil urus setia pertandingan ini. Puan Hazelina menerangkan
berkenaan kriteria yang ingin dilihat pada lagu yang dicipta dan juga tahap
keaslian lagu yang dihasilkan serta nilai komersial lagu tersebut. Selain itu,
Encik Amar memberi penerangan berkaintan peraturan yang perlu dipatuhi oleh
peserta yang bertanding. Sewaktu taklimat dijalankan ahli-ahli kumpulan
belakang tabir menjalankan tugas dengan merakam serta mengambil gambar kejadian
dengan teliti dan tepat.
Setelah selesai sesi taklimat, para
peserta dibawa ke pentas untuk menjalani sesi latihan pertama untuk
menyesuaikan peserta dengan pentas serta ahli muzik yang akan membantu
menyampaikan alunan muzik peserta. Aktiviti latihan dimulakan dengan sesi
cabutan untuk menentukan kedudukan persembahan peserta yang dilakukan secara
rawak. Persembahan dimulakan dengan UM, UUM, UNISZA, USIM, UPM, UKM, UPSI dan
UNIMAP. Sementara menunggu setiap peserta melakukan sesi latihan ahli-ahli
belakang tabir sempat melakukan temu ramah ke atas peserta dan bertanyakan
beberapa soalan berkaitan dengan pertandingan ini. Dalam masa yang sama,
ahli-ahli dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu kumpulan fotografi dan
videografi.
Sesi latihan diteruskan pada sebelah
malam bermula jam 8:00 malam dengan turutan universiti yang sama namun terdapat
beberapa peserta yang tidak melakukan latihan atas dasar dan masalah tertentu
contohnya, kekurangan ahli atau komposer lagu tersebut tidak boleh hadir semasa
latihan. Latihan tetap dijalankan dan dilakukan bertujuan membolehkan bahagian
pengurusan teknikal membuat penyesuaian keatas visual dan jenis lampu dan
pergerakan sportlight yang sesuai untuk setiap persembahan. Di samping itu,
latihan dilakukan untuk membolehkan barisan ahli muzik yang akan membantu
memainkan muzik peserta untuk menyesuaikan diri mereka dengan lirik dan notasi
lagu yang akan dipersembahkan peserta berikutan lagu yang dibawa peserta
kesemuanya baru dan asli maka perlu masa yang panjang untuk melakukan
penyesuaian. Latihan dijalankan sehingga jam 11:00 malam dan latihan seterusnya
dijalankan pada hari berikutnya.
Pagi 1/12 (jumaat) dimulakan dengan
sarapan oleh peserta di panggung seni sementara menunggu sesi latihan dimulakan
pada jam 9:00 pagi. Kemudian setelah selasai sarapan, latihan dimulakan dengan
turutan yang sama. Latihan dilakukan sehingga jam 12:00 tengahari dan disambung
pada jam 3:00 petang. Terdapat sedikit aktiviti dijalan pada sebelah petang di
mana para komposer lagu akan dibawa ke Damansara untuk menghadiri kursus dan
latihan penghasilan lirik yang akan diberi oleh Taja selaku ahli kumpulan Meet
Uncle Hussein dan juga bersama isteri beliau. Taja memberi taklimat berkenaan
keperluan dan perkara yang perlu dititik berat oleh seorang komposer sebelum
menghasilkan sebuah lagu. Seain itu, beliau turut berkongsi pengalam beliau
dalam industri muzik dan turut berkongsi bagaiman beliau mencari idea untuk
menghasilkan sebuah lagu. Isteri beliau pula memberi maklumat berkenaan cara
untuk memasarkan lagu didalam industri muzik dan langkah-langkah yang perlu
diambil bagi mengelak daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab. Dalam
pada masa yang sama, ahli- ahli belakang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil
dua kumpulan pergi ke Damansara untuk mengambil sample gambar dan video disana
dan satu kumpulan berada di DECTAR untuk mengikuti sesi latihan peserta.
Latihan dilaksanakan sehingga jam
10:00 malam sebelum bersurai. Pada keesokan harinya 2/12 (sabtu) pagi tersebut
dimulakan dengan sesi pemeriksaan audio didalam panggunng seni dan penyesuai
lagu dan visual didalam panggung sebelum persembahan dan raptai akhir
dilakukan. Raptai penuh dilaksanakan pada sebelah petang pada jam 3:00 petang
dan ahli-ahli belakang tabir tahap satu melakukan tugas khas iaitu membantu
ahli-ahli belakang tabir tahap dua dan tiga untuk memastikan pergerakan majlis
berjalan lancar. Ahli diberi taklimat ringkas oleh Ketua belakang tabir tahap 2
dan 3 iaitu Encik Nabil berkenaan kedudukan setiap ahli dan laluan peserta
sebelum dan selepas mereka melakukan persembahan. Raptai dimulakan dengan
persembahan daripada setiap peserta dan ARTISUKMA yang akan melakukan
persembahan pembukaan dan persembahan penutup. Raptai berakhir pada jam 5:30
petang.
Tepat jam 8:30 malam acara utama
dimulakan dan setiap peserta mula mengambil tempat dan duduk dibahagian
belakang tabir mengikut urutan persembahan. Ahli-ahli belakang tabir tahap 1,2
dan 3 mengambil tempat masing-masing dan bersiap sedia untuk menjalankan tudas
masing-masing. Acara dimulakan dengan ketibaan para penonton dan VIP untuk
mengambil tempat di dalam panggung seni. Seterusnya lagu Negaraku dan diikuti
Varsiti Kita dinyanyikan bersama-sama dan pengacara majlis memulakan
pertandingan dengan memperkenalkan setiap peserta yang bertanding dan
seterusnya memperkenalkan barisan juri yang dijemput untuk menilai peserta
iaitu Ahmad Fitri Yahya, Bob AF dan Taja ahli kumpulan Meet Uncle Hussein.
Persembahan berjalan lancar dan para penonton kelihatan terhibur dengan
persembahan yang dipersembahkan peserta beserta jenaka yang dilakukan pengacara
majlis. Setelah setiap lagu dipersembahkan para peserta akan dibawa ke tempat
duduk masing-masing. Majlis berlangsung sehingga jam 10:40 malam dimana sesi
penguguman pemenang. Pemenang utama adalah daripada UPM dan juga turut
dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik. Tempat kedua dimenangi peserta dari
UKM dan tempat ketiga di menangi UNISZA dan sesi penyampaian hadiah dilakukan.
Pertandingan cipta lagu melayu
dijalankan dengan baik dan teratur dan lengkap. Setiap ahli-ahli belakang tabir
dan pihak urus setia Pusat Kebudayaan melakukan tugas masing-masing dengan
baik. Setiap objektif pertandingan ditepati dengan baik dan secara keseluruhan
pertandingan ini menampilkan kebolehan pelajar pengurusan seni tahap 1, 2 dan 3
untuk menguruskan acara sebegiini dengan baik. Namun beberapa penambahbaikan
perlu dilakukan oleh ketua belakang tabir dimana penglibatan pelajar yang lebih
ramai diperlukan bagi menjadikan program ini lebih meriah dan menarik. Dalam
pada itu, dicadangkan program ini dilaksanakan pada masa yang bersesuai dan
tidak bertindih dengan cuti umum kerana sebahagian besar pelajar akan pulang ke
rumah atau berada di luar kawasan kampus dan ini akan menjejaskan jumlah
penonton yang hadir ke acara ini. Saya berharap pertandingan ini akan
dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan pembaharuan yang lebih menarik
dan unik.




