Tutorial Origami Bunga Super Mudah dan Cantik Molek
24/2/2018, Sabtu, Assalamualaikum.... hari ni pok cik mahu berkongsi dengan pembaca cara-cara menghasilkan kraf origami bunga dengan mudah dan cantik.
Kebaikan menghasilkan kraf ini menjadikan kita lebih kreatif di samping membantu pengkraf untuk mendapatkan sedikit wang saku bagi hasil kraf yang inovatif. Pasaran kraftangan buatan sendiri atau Do It Yourself (DIY) sangat popular di kalangan remaja kini dan mendapat permintaan yang tinggi daripada golongan ini.
Baiklah pok cik teruskan dengan tutorial origami kita hari ini.
Barang-barang yang perlu disediakan :-
1) Kertas Warna yang tidak terlalu keras (Manila Kad) (Warna ikut kehendak individu)
2) Double Tape
3) Lidi Sate
4) Gunting
Cara- cara penghasilan :-
1) Gunting kertas warna supaya menjadi segi empat tepat
2) Mula melipat kertas yang telah dipotong mengikut langkah-langkah di dalam gambar dibawah
Satu kelopak bunga akan terhasil setelah selesai melipat
3) Kumpulkan lima atau enam kelopak bunga dan cantumkan ia menggunakan double tape untuk menghasilkan sekuntum bunga yang cantik
4) Untuk melihat langkah yang lebih lengkap boleh layari link di bawah
5) Contoh hasil kraf origami bunga



No comments:
Post a Comment