Aplikasi Bahasa Jepun (Nihongo) di Google Store dan IOS
25/2/2018, Ahad, Selamat Sejahtera dan Konbanwa.....kali ni pok cik nak berkongsi sedikit berkenaan aplikasi yang bagus untuk mereka yang ingin belajar Bahasa Jepun dan menggunakannya.
Bagi mereka yang pernah belajar dan mengetahui sedikit berkenaan Bahasa Jepun.....penulisan bahasa jepun terbahagi kepada tiga jenis iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. Untuk mereka yang baru mempelajari bahasa ini mereka akan bermula dengan penulisan hiragana seterusnya katakana dan akhir sekali kanji.
Baiklah kita teruskan dengan pengenalan aplikasi di google play store yang boleh digunakan untuk belajar penulisan bahasa jepun.
1) Learning Japanese : aplikasi ini boleh diakses dalam keadaan offline dan merangkumi gaya tulisan hiragana dan katakana
2) Kanji OTD : aplikasi ini menyediakan akses kepada pengguna untuk belajar tulisan kanji secara efektif perlu menggunakan sambungan internet untuk menggunakan aplikasi ini.
3) Write Japanese : malas nak buat latihan tulisan atas kertas jangan risau aplikasi ni membantu pengguna untuk berlatih penulisan bahasa jepun dengan efisien merangkumi latihan penulisan Hiragana, Katakana dan Kanji.
4) Takoboto Dictionary : ingin belajar perkataan baharu dalam jepun tapi susah nak cari jangan bimbang aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses dan mencari perkataan baharu nihongo secara sistematik dan dilengkapi dengan penjelasan yang jelas.
5) Tangoristo : mahukan latihan intensif pembacaan bahasa jepun? Dengan menggunakan aplikasi ini pengguna dapat melatih pembacaan secara berkesan dan berterusan.
Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada hari ini semoga maklumat dan info yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca.... selamat mencuba :)













