Saturday, 14 April 2018

Entry No. 16


Sejarah Permainan Kriket Di Malaysia dan Pencapaian Terkini Pasukan Kriket Malaysia


Kriket telah dimainkan di Malaysia sejak tahun 1880,  dan perlawanan rasmi yang direkodkan adalah perlawanan diantara Selangor dan Melaka pada tahu 1887. Perlawanan Selangor-Singapore dimainkan pada 1891. Kriket di Johor dimainkan pada awal abad ke 20, akan tetapi perlawanan yang rasmi direkodkan di Johor adalah adalah perlawanan dengan Australian. Perkembangan permainan Kriket di Malaysia menggesa Pertubuhan Kriket Malayan untuk ditubuhkan.
Pasukan pertama yang mewakili Malaysia diwujudkan pada tahun 1970, dan menyertai Saudara Cup dan menentang Singapore dan perlawanan berlangsung selama tiga hari. Saudara Cup dilakukan tahunan dan pasukan Malaysia gagal untuk mara melepasi pusingan pertama.
Pada tahun 2000 – 2009 pasukan Malaysia meningkatkan prestasi dengan menyertai beberapa pertandingan antarabangsa seperti perlawanan ACC Premier League.
Pada tahun 2010 – kini, pasukan Malaysia berjaya mara dalam perlawanan ACC Premier League sehingga mendapat tempat keenam selepas memenangi empat perlawanan di dalam kumpulan A sebelum ditumbangkan oleh pasukan UAE.
Pada bulan Ogos 2017, Malaysia berjaya memenangi dua pingat untuk perlawanan kriket. Mereka memenangi pingat emas untuk perlawanan dengan 50 over dan pingat perak untuk perlawanan 20 over. Ranking terkini pasukan kriket Malaysia ialah pada ranking ke-26 dunia.

Jenis-jenis pukulan dalam permainan Kriket


1)      “Straight Drive”
Pukulan ini adalah salah satu pukulan klasik dalam permainan kriket dan antara langkah-langkah memukul dengan cara ini ialah:

Langkah pertama
Pastikan mata anda tepat memandang ke arah bola, kemudian bahagian bahu dicondongkan kehadapan.
Kaki hadapan perlu dibengkokkan pada bahagian lutut untuk membina kekuda yang kukuh semasa memukul .
Langkah Kedua
Bahagian kepala anda perlu berada dikedudukan hadapan atau melebihi kedudukan lutut kaki hadapan, dan kaki bahagian belakang dinaikkan sehingga ke hujung jari.
Kayu Bat bergerak laju secara menegak dan sentuhan dibuat semasa bola kriket berada di dalam kawasan penglihatan.

Langkah Ketiga
Kayu pemukul bergerak secara menegak dengan pantas, dan bahagian pergelangan tangan direhatkan dan bat dipukul menegak dan dihalakan ke atas.


2)      “Pull Shot”

Pukulan ini adalah satu bentuk pukulan yang aggresif dan memerlukan pemain menganggarkan kedudukan bola dengan tepat. Kayu pemukul perlu dihayun secara silang untuk menghalakan bola ke arah berlainan bukan menegak. Antara langkah-langkah memukul dengan Teknik ini ialah :

Langkah Pertama


Apabila pembaling bersedia untuk membaling bola, bahagian kepala, bahu dan kaki belakang akan bergerak ke belakang dan akan melintasi kawasan hadapan untuk menyentuh bola.



Langkah Kedua

Kaki hadapan bergerak ke belakang ke arah sisi kaki, ini membentuk asas kekuda untuk memukul dan bahagian kepala dicondongkan kehadapan sedikit untuk membina momentum pukulan.

Langkah Ketiga


Bat ditujukan ke bawah dan bersilang dan membuat sentuhan dengan bola dengan pantas di bahagian kawasan hadapan badan

Memukul bola kebawah akan menghalang pukulan bola anda daripada ditangkap dengan mudah

Berat pukulan anda akan disalurkan ke bahagian kaki hadapan, namun kestabilan badan perlu dikekalkan supaya pukulan menjadi lebih padat dan laju.

Jenis-jenis cara menangkap bola dalam permainan kriket


1)      “High Catch”
Cara tangkapan ini adalah salah satu kaedah tangkapan yang asas dimana selalu digunakan dalam permainan kriket. Berikut adalah cara-cara melakukan tangkapan dengan cara yang betul :

Langkah Pertama
Sebelum menangkap pastikan kedudukan anda berada dibawah bola supaya mudah anda untuk menganggar kedudukan dan menangkap bola dengan kemas
Panjangkan tangan anda ke atas sehingga masuk ke dalam kawasan penglihatan anda supaya keadaan tangan anda sentiasa dalam keadaan sedia.







Langkah Kedua
 
Bentukkan tangan anda seperti mangkuk dengan menyilangkan bahagian jari kelingking untuk membentuk kawasan tangkapan yang luas di tapak tangan. Memudahkan tangkapan dan mengurangkan risiko terlepas tangkapan. Serap momentum bola dengan menangkap secara lembut dan tepat.

Langkah Ketiga
Pastikan kedudukan kaki anda sebelum menangkap bola adalah betul kerana dengan kedudukan kaki yang baik membentuk kestabilan badan yang kukuh. Hal ini menyebabkan tangkapan anda lebih tepat dan sukar untuk terlepas.



Langkah Keempat
 
Terdapat dua bentuk tangkapan atas (High Catch) iaitu tangkapan bola melebihi aras bahu dan tangkapan bola jatuh menjunam ke bawah.

2)      “Flat Catch”

Teknik tangkapan ini juga merupakan satu Teknik asas dalam kriket yang sering digunakan pemain untuk menangkap bola yang datang pada aras bawah pinggang. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah seperti berikut :

Langkah Pertama
Pastikan mata anda sentiasa melihat bola yang datang kepada anda atau berada berhampiran anda supaya anda sentiasa bersedia untuk menangkapnya. Proses melihat bola dilakukan semasa bola menghampiri anda dan semasa bola sedang ditangkap kerana bole berkemungkinan melantun keluar.

Langkah Kedua
 
Sebelum menangkap bola pastikan tangan anda sentiasa terbuka dan bersilang di bahagian jari kelingking untuk membentuk permukaan yang luasa untuk menerima bola. Semasa bola ditangkap bagi mengurangkan momentum bola tangan perlu dihayunkan kebelakang dan bola digengam erat supaya tidak melantun.
Langkah Ketiga
 
Tangan diletak dibahagian bawah pinggang dan berada dalam keadaan sedia untuk menerima bola dan jika bola datang dari arah kiri atau kanan akibat lencongan gerakkan kedua-dua tangan kearah yang dituju bola.
Langkah Keempat
Pastikan kedudukan kaki berada dalam keadaan yang selesa dan tangan berada diantara kedua kaki. Kaki dibengkokkan sedikit supaya pergerakan atau loncatan mudah dilakukan tanpa sebarang halangan.


Asas balingan semasa bermain kriket (Bowling Action)
Dalam permainan kriket wujud satu set pergerakan yang membantu pembaling bola untuk membaling bola dengan laju ke arah pemukul bola.

 

Sebelum membaling pembaling akan mengambil beberapa langkah untuk membina momentum dalam membuat balingan. Seterusnya, pembaling akan memusingkan tangan 180 darjah dalam keadaan tangan lurus. Kemudian, bola akan dilepaskan dan badan dicondongkan ke hadapan untuk memboehkan bola ditujukan tepat ke arah pemukul secara tepat.

Ada beberapa arah balingan untuk menghasilkan bola yang berputar dan menyebabkan bola berpusar dan melencong samaada ke kiri atau ke kanan. Berdasarkan gambar di atas anda boleh melihat perbezaan bentuk balingan bola.

No comments:

Post a Comment

Entry No. 28

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. MAKAN DAN MINUM DENGAN SENGAJA MAKAN DAN MINUM SECARA SENGAJA. NAMUN, SESIAPA YANG MAKAN A...