Pengalaman Berada Di Bumi Kemboja
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, hari ini pok cik ingin berkongsi pengalaman pok cik di Kemboja dimana pada cuti mid sem yang lepas pok cik telah mengikuti sebuah program sukarelawan Journey of Asean anjuran Kolej Dato' Onn, UKM.
Sepanjang program di sana pelbagai aktiviti sukarelawan telah dilakukan seperti memberi sumbangan bahan keperluan asas dan keperluan pendidikan kepada penduduk di sana. Terdapat tiga kampung dikunjungi untuk diberikan bantuan iaitu Kompong Chhnang, Kompong Laeng dan Kompong Sresar. Pok cik juga berpeluang merentasi Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap serta melihat aktiviti disekitar kawasan tersebut dimana ketika itu Kemboja sedang mengalami musim panas dan sungai dan tasik surut pada waktu ini dan memudahkan nelayan menangkap ikan.
Selain itu, Pasukan sukarelawan juga membuat kunjungan ke salah sebuah bandar utama di Kemboja iaitu Phnom Penh di mana dapat dilihat pelbagai aktiviti perniagaan dan pelancongan dilakukan. Pok cik berkesempatan menaiki Tuk Tuk iaitu sebuah pengangkutan awam berupa motosikal bertayar tiga sama seperti yang ada di India. Bandar Phnom Penh dibanjiri dengan kehadiran pelancong dari eropah dan mata wang utama yang digunakan di sana adalah dollar dan diingatkan kepada pembaca yang ingin ke Kemboja supaya membawa duit yang cukup kerana di sini terdapat pelbagai produk berkualiti bermula dari kasut hinggalah ke aksesori kesemuanya dijual pada harga yang berpatutan namun perlu ditawar terlebih dahulu.
Di Bandar Phnom Penh untuk mencari makanan halal sangat mudah dan ada juga makanan Malaysia juga ditawarkan di sana. Diingatkan supaya berhati-hati semasa bersiar-siar kerana kawasan di Phnom Penh sesak dengan populasi yang padat dan anda perlu menjaga barangan peribadi seperti passport dan barang berharga dengan baik supaya tidak berlaku kesulitan di sana. Salah satu tempat bersejarah yang boleh dilawati di sana adalah tapak pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan ketenteraan terdahulu dan merupakan sejarah hitam negara Kemboja. Akibat pengunduran tentera Portugis dari Kemboja memberi peluang kepada kerajaan ketenteraan untuk naik dan memerintah dan salah satu tindakan mereka adalah membunuh individu yang memberontak dan disyaki sebagai pembelot dan semua keluarga mereka. Jumlah rangka manusia yang ditemui selepas proses cari gali dilakukan adalah sebanyak 8000 rangka manusia dan jumlah sebenar yang hilang (dibunuh) sewaktu pemerintahan itu adalah 3000000 juta orang.
Suasana di Kemboja tidak jauh beza dengan Malaysia namun masih wujud perbezaan dari segi ekonomi dan cuaca. Kebanyakkan penduduk di sana jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin sangat jauh dan boleh dilihat dari aspek kenderaan dan kediaman yang mereka tinggal. Selain itu, peluang pendidikan yang ditawarkan di sana masih terhad namun terdapat perkembangan yang baik jika dibandingkan pada tahun- tahun terdahulu dimana kini telah wujud pelbagai universiti dan kolej yang memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Setakat itu sahaja perkongsian pok cik pada kali ini semoga berjumpa lagi :)





No comments:
Post a Comment