Sunday, 22 April 2018

Entry No. 18


UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR DALAM INTERUPSI, KELENGAHAN DAN INTERVEL




DEFINISI INTERUPSI : Masa di antara satu rally lengkap dan whistle referee yang pertama untuk service seterusnya ( interupsi biasa didalam permainan adalah TIME-OUT)

1)   TIME-OUT
1.      Setiap kumpulan boleh meminta kepada referee maksimum satu time-out per set
2.      Kedua-dua kumpulan boleh meminta time-out pada masa yang sama tetapi perlu dilakukan secara bergilir iaitu membenarkan kumpulan terawal dahulu dan diikuti seterusnya oleh kumpulan lain
3.      Tiada pertukaran dibenarkan semasa time-out
4.      Time-out hanya boleh diminta oleh ketua pasukan
5.      Permintaan time-out dibuat dengan menunjukkan isyarat tangan, apabila bola sedang dalam permainan sebelum whistle seterusnya (time-out bertahan untuk 30 saat)

6.      Untuk FIVB, Pertandingan Rasmi Dunia, untuk set 1 dan 2, tambahan masa 30 saat (Technnical Time-Out) diberi secara automatik apabila jumlah mata kedua-dua kumpulan sama iaitu 21 mata
7.      Dalam set 3 iaitu set penentuan, tiada “Technical Time-Out” diberi ; hanya time-out berdurasi 30 saat boleh diminta oleh kedua-dua pasukan
8.      Semasa interuspsi biasa (termasuk Technical Time-Out) dan set interval, pemain perlu berkumpul di tempat yang disediakan

9.      Permintaan yang tidak wajar ialah:
- Meminta time out semasa rally atau selepas whistle serve telah ditiup
- Diminta oleh ahli pasukan yang tidak rasmi
- Meminta setelah Time-out telah digunakan untuk set yang sama
- Sebarang permintaan yang boleh menyebabkan kelengahan


 


2)   MELENGAHKAN PERMAINAN (GAME DELAY)

DEFINISI : Tindakan tidak wajar ynag dilakukan oleh pasukan yang menganggu penyambungan semula permainan

1.      Memanjangkan masa time-out setelah diminta oleh referee untuk menyambung permainan
2.      Mengulangi permintaan tidak wajar (improper request)
3.      Melengahkan permainan (12 saat masa maximum daripada masa berakhirnya rally sehingga masa whistle ditiupkan untuk memulakan service dalam keadaan normal permainan)
4.      Hukuman melengahkan permainan ialah pemberian mata kepada pihak lawan dalam set yang sedang dimainkan
5.      Peraturan hukuman melengahkan permainan kekal dilaksanaan untuk sepanjang perlawanan
6.      Hukuman melengahkan permainan direkod didalam kertas skor
7.      Kelengahan pertama oleh ahli pasukan akan dikenakan “Amaran Melengahkan Permainan”
8.      Kelengahan kedua dan seterusnya dalam pelbagai bentuk oleh mana-mana ahli kumpulan dalam pasukan yang sama didalam perlawanan ynag sama akan dikenakan ‘Penalty Kelengahan” ; satu mata kepada pihak lawan
9.      Hukuman kelengahan dikenakan sebelum atau semasa set akan dikenakan pada set seterusnya


 

3)   INTERUPSI PERMAINAN LUAR BIASA
PENYAKIT/KECEDERAAN

1.      Apabila kemalangan serius berlaku semasa perlawanan berlangsung, referee perlu menghentikan permainan serta merta dan memberi kebenaran kepada paramedic untuk memasuki gelanggang perlawanan (rally akan disambung semula)
2.      Pemain yang cedera diberi maksimum 5 minit masa pemulihan dalam satu perlawanan
3.      Referee perlu memberi kebenaran paramedic yang bertauliah untuk masuk ke gelanggang untuk mengubati pemain  
4.      Hanya referee pertama sahaja boleh membenarkan pemain untuk meninggalkan gelanggang permainan tanpa penalti
5.      Apabila rawatan telah dilakukan atau tiada rawatan boleh dilakukan permainan perlu diteruskan
6.      Referee kedua akan meniup whistle dan meminta permainan diteruskan dan hanya pemain boleh menentukan dia boleh bermain atau tidak
7.      Jika pemain tidak pulih atau kembali kedalam gelanggang pada akhir masa rawatan, pasukan akan diisytihar tidak lengkap
8.      Dalam situasi ektrem, doktor perlawanan boleh membuat bantahan mengembalikan pemain kedalam gelanggang
9.      Nota : Masa rawatan bermula apabila paramedic bertauliah untuk perlawanan tersebut hadir di gelanggang untuk merawat pemain
1.   Dalam situasi tiada paramedik bertauliah atau pemain meminta untuk dirawat oleh paramedik peribadi , masa rawatan akan bermula pada saat dibenarkan oleh referee

GANGGUAN LUARAN
Jika ada gangguan luaran semasa perlawanan, perlawanan harus dihentikan dan rally dimainkan semula

GANGGUAN BERTERUSAN
1.      Jika ada situasi yang tidak dijangka berlaku Referee pertama , Penganjur dan Jawatankuasa Kawalan (jika ada) perlu memilih tindakkan apa perlu diambil untuk mengembalikan keadaan kepada normal
2.      Jika satu atau lebih gangguan berlau tidak melebihi jumlah 4 jam, permainan akan diteruskan dengan skor yang telah diperolehi, tanpa mengira sama ada permainan diteruskan di gelanggang yang sama atau gelanggang berbeza
3.      Jika satu gangguan berlaku melebihi jumlah 4 jam, permainan akan dimmulakan daripada awal


 


INTERVAL DAN PERUBAHAN/PERUBAHAN GELANGGANG

INTERVAL
DEFINISI : Masa diantara set (setiap interval bertahan selama satu minit)
1.      Pada masa ini, pertukaran gelanggang (jika diminta) dan turutan service pasukan dibuat diatas kertas skor
2.      Semasa interval sebelum set penentuan, referee akan membawa “toss” mengikut peraturan (referee pertama perlu melambung coin untuk menentukan service pertama dimulakan oleh pasukan mana)

PERTUKARAN GELANGGANG
1.      Kedudukan pasukan akan ditukar setiap 7 mata (set 1 dan 2) dan 5 mata (set 3) semasa dimainkan
2.      Semasa pertukaran gelanggang setiap pasukan perlu menukar gelanggang dengan kadar segera tanpa kelengahan
3.      Jika pertukaran gelanggang tidak dilengapkan dalam masa yang diberi , hukuman akan dilakukan setelah kesilapan dikenalpasti
4.      Skor pada masa pertukaran gelanggang kekal seperti skor terakhir

No comments:

Post a Comment

Entry No. 28

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. MAKAN DAN MINUM DENGAN SENGAJA MAKAN DAN MINUM SECARA SENGAJA. NAMUN, SESIAPA YANG MAKAN A...