Sunday, 29 April 2018

Entry No. 20


PERTANDINGAN CIPTAAN LAGU BAHASA MELAYU 

MAKUM 2017

 

Muzik adalah ungkapan perasaan yang dituangkan dalam bentuk bunyi-bunyian. Muzik yang baik mengandungi beberapa unsur seperti melodi, ritma dan irama. Lagu pula adalah hasil karya muzik yang dihasilkan dengan gabungan rangkaian nada-nada yang dinyayikan mengikut corak dan bentuk tertentu.

Penghasilan sebuah lagu tidak hanya bergantung kepada bakat sahaja. Bakat apabila tidak disokong, diberi peluang dan di asah pengetahuan tidak akan berkembang dengan baik. Untuk menghasilkan muzik dengan baik, bakat perlu dipupuk seiring dengan latar pengetahuan muzik dan penggunaan Bahasa yang kukuh.

Justeru itu, cadangan ini dikemukakan bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar universiti dalam penulisan lagu dan lirik. Selain itu, projek ini diharap dapat menyediakan peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat masing-masing terutama dalam penulisan lagu serta mengiktiraf mereka.


OBJEKTIF
1)      Memberi pendedahan kepada mahasiswa IPTA dalam penulisan lagu dan lirik
2)      Memberi peluang kepada penulis lagu dan lirik mempamerkan karya mereka pada peringkat universiti dan bersaing secara sihat
3)      Memupuk dam menggalakkan rasa cinta akan Bahasa Kebangsaan


PENCAPAIAN OBJEKTIF

Secara keseluruhan objektif program ini berjaya dicapai dengan begitu baik sekali dimana objektif pertama ditepati dengan memperkenalkan kepada mahasiswa peluang bagi mereka yang berminat untuk mendalami industri penghasilan lagu dan lirik. Selain itu, objektif kedua ditepati dengan memberi platform terbaik kepada peserta untuk mempersembahkan hasil karya mereka di peringkat yang tinggi dan lagu-lagu merkea diberi peluang untuk dkritik oleh indidvidu veteran didalam industri muzik tanah air. Di samping itu, objektif ketiga berjaya ditepati dengan wujudnya pertandingan ciptaan lagu seratus peratus dalam Bahasa Melayu atau dalam loghat Bahasa Melayu di Malaysia. Hal ini disokong kuat dengan mengadakan pertandingan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang terkenal kerana memartabatkan Bahasa Melayu.

MAKLUMAT PERSEMBAHAN

Tarikh : 30/11/2017 – 2/12/2017
Tempat : Panggung Seni UKM
Masa : 8:00 pagi hingga 11:00 malam
Urus setia program : Pusat Kebudayaan UKM
Wakil peserta dari universiti : 1) UKM : KEMANISAN TERINDAH
2) UM : PEJUANG
3) UUM : RINDU AYAH
4) UNISZA : MIMPI YANG BERULANG
5) UPM : IKHLAS MENCINTAI
6) USIM : DOA ANAK MARHAEN
7) UPSI : BERSATULAH DUNIA
8) UNIMAP : NARASIKU


TENTATIF PERGERAKAN KERJA BELAKANG TABIR

Pada 30/11/2017 bermula dengan sesi pendaftaran peserta daripada universiti yang menyertai pertandingan ini. Peserta terawal adalah daripada university utara Malaysia dan diikuti peserta universiti lain. Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal 8:00 pagi dan pendaftaran terakhir selewat 1:00 ptg dan kaunter dijaga oleh ahli kumpulan cipta lagu tahun 1, 2 dan 3.

Selepas mendaftar peserta telah dibawa oleh wakil ahli kumpulan cipta lagu untuk ke tempat kediaman masing-masing iaitu di blok eksklusif Kolej Rahim Kajai yang terletak berdekatan dengan DECTAR. Seterusnya, sesi taklimat acara dilakukan disebelah petang iaitu bermula pada jam 2:00 petang yang diberikan oleh Puan Hazelina dan Encik Amar selaku wakil urus setia pertandingan ini. Puan Hazelina menerangkan berkenaan kriteria yang ingin dilihat pada lagu yang dicipta dan juga tahap keaslian lagu yang dihasilkan serta nilai komersial lagu tersebut. Selain itu, Encik Amar memberi penerangan berkaintan peraturan yang perlu dipatuhi oleh peserta yang bertanding. Sewaktu taklimat dijalankan ahli-ahli kumpulan belakang tabir menjalankan tugas dengan merakam serta mengambil gambar kejadian dengan teliti dan tepat.

Setelah selesai sesi taklimat, para peserta dibawa ke pentas untuk menjalani sesi latihan pertama untuk menyesuaikan peserta dengan pentas serta ahli muzik yang akan membantu menyampaikan alunan muzik peserta. Aktiviti latihan dimulakan dengan sesi cabutan untuk menentukan kedudukan persembahan peserta yang dilakukan secara rawak. Persembahan dimulakan dengan UM, UUM, UNISZA, USIM, UPM, UKM, UPSI dan UNIMAP. Sementara menunggu setiap peserta melakukan sesi latihan ahli-ahli belakang tabir sempat melakukan temu ramah ke atas peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan pertandingan ini. Dalam masa yang sama, ahli-ahli dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu kumpulan fotografi dan videografi.

Sesi latihan diteruskan pada sebelah malam bermula jam 8:00 malam dengan turutan universiti yang sama namun terdapat beberapa peserta yang tidak melakukan latihan atas dasar dan masalah tertentu contohnya, kekurangan ahli atau komposer lagu tersebut tidak boleh hadir semasa latihan. Latihan tetap dijalankan dan dilakukan bertujuan membolehkan bahagian pengurusan teknikal membuat penyesuaian keatas visual dan jenis lampu dan pergerakan sportlight yang sesuai untuk setiap persembahan. Di samping itu, latihan dilakukan untuk membolehkan barisan ahli muzik yang akan membantu memainkan muzik peserta untuk menyesuaikan diri mereka dengan lirik dan notasi lagu yang akan dipersembahkan peserta berikutan lagu yang dibawa peserta kesemuanya baru dan asli maka perlu masa yang panjang untuk melakukan penyesuaian. Latihan dijalankan sehingga jam 11:00 malam dan latihan seterusnya dijalankan pada hari berikutnya.

Pagi 1/12 (jumaat) dimulakan dengan sarapan oleh peserta di panggung seni sementara menunggu sesi latihan dimulakan pada jam 9:00 pagi. Kemudian setelah selasai sarapan, latihan dimulakan dengan turutan yang sama. Latihan dilakukan sehingga jam 12:00 tengahari dan disambung pada jam 3:00 petang. Terdapat sedikit aktiviti dijalan pada sebelah petang di mana para komposer lagu akan dibawa ke Damansara untuk menghadiri kursus dan latihan penghasilan lirik yang akan diberi oleh Taja selaku ahli kumpulan Meet Uncle Hussein dan juga bersama isteri beliau. Taja memberi taklimat berkenaan keperluan dan perkara yang perlu dititik berat oleh seorang komposer sebelum menghasilkan sebuah lagu. Seain itu, beliau turut berkongsi pengalam beliau dalam industri muzik dan turut berkongsi bagaiman beliau mencari idea untuk menghasilkan sebuah lagu. Isteri beliau pula memberi maklumat berkenaan cara untuk memasarkan lagu didalam industri muzik dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab. Dalam pada masa yang sama, ahli- ahli belakang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil dua kumpulan pergi ke Damansara untuk mengambil sample gambar dan video disana dan satu kumpulan berada di DECTAR untuk mengikuti sesi latihan peserta.

Latihan dilaksanakan sehingga jam 10:00 malam sebelum bersurai. Pada keesokan harinya 2/12 (sabtu) pagi tersebut dimulakan dengan sesi pemeriksaan audio didalam panggunng seni dan penyesuai lagu dan visual didalam panggung sebelum persembahan dan raptai akhir dilakukan. Raptai penuh dilaksanakan pada sebelah petang pada jam 3:00 petang dan ahli-ahli belakang tabir tahap satu melakukan tugas khas iaitu membantu ahli-ahli belakang tabir tahap dua dan tiga untuk memastikan pergerakan majlis berjalan lancar. Ahli diberi taklimat ringkas oleh Ketua belakang tabir tahap 2 dan 3 iaitu Encik Nabil berkenaan kedudukan setiap ahli dan laluan peserta sebelum dan selepas mereka melakukan persembahan. Raptai dimulakan dengan persembahan daripada setiap peserta dan ARTISUKMA yang akan melakukan persembahan pembukaan dan persembahan penutup. Raptai berakhir pada jam 5:30 petang.

Tepat jam 8:30 malam acara utama dimulakan dan setiap peserta mula mengambil tempat dan duduk dibahagian belakang tabir mengikut urutan persembahan. Ahli-ahli belakang tabir tahap 1,2 dan 3 mengambil tempat masing-masing dan bersiap sedia untuk menjalankan tudas masing-masing. Acara dimulakan dengan ketibaan para penonton dan VIP untuk mengambil tempat di dalam panggung seni. Seterusnya lagu Negaraku dan diikuti Varsiti Kita dinyanyikan bersama-sama dan pengacara majlis memulakan pertandingan dengan memperkenalkan setiap peserta yang bertanding dan seterusnya memperkenalkan barisan juri yang dijemput untuk menilai peserta iaitu Ahmad Fitri Yahya, Bob AF dan Taja ahli kumpulan Meet Uncle Hussein. Persembahan berjalan lancar dan para penonton kelihatan terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan peserta beserta jenaka yang dilakukan pengacara majlis. Setelah setiap lagu dipersembahkan para peserta akan dibawa ke tempat duduk masing-masing. Majlis berlangsung sehingga jam 10:40 malam dimana sesi penguguman pemenang. Pemenang utama adalah daripada UPM dan juga turut dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik. Tempat kedua dimenangi peserta dari UKM dan tempat ketiga di menangi UNISZA dan sesi penyampaian hadiah dilakukan.

Pertandingan cipta lagu melayu dijalankan dengan baik dan teratur dan lengkap. Setiap ahli-ahli belakang tabir dan pihak urus setia Pusat Kebudayaan melakukan tugas masing-masing dengan baik. Setiap objektif pertandingan ditepati dengan baik dan secara keseluruhan pertandingan ini menampilkan kebolehan pelajar pengurusan seni tahap 1, 2 dan 3 untuk menguruskan acara sebegiini dengan baik. Namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan oleh ketua belakang tabir dimana penglibatan pelajar yang lebih ramai diperlukan bagi menjadikan program ini lebih meriah dan menarik. Dalam pada itu, dicadangkan program ini dilaksanakan pada masa yang bersesuai dan tidak bertindih dengan cuti umum kerana sebahagian besar pelajar akan pulang ke rumah atau berada di luar kawasan kampus dan ini akan menjejaskan jumlah penonton yang hadir ke acara ini. Saya berharap pertandingan ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan pembaharuan yang lebih menarik dan unik.

No comments:

Post a Comment

Entry No. 28

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 1. MAKAN DAN MINUM DENGAN SENGAJA MAKAN DAN MINUM SECARA SENGAJA. NAMUN, SESIAPA YANG MAKAN A...