Program Berimpak Journey Of Asean
18/2/2018, Kolej Dato Onn', Hari ni pok cik nk kongsi sikit berkenaan program berimpak besar iaitu "Journey Of Asean" di kolej pok cik sendiri. Program ni mengkhususkan kepada aktiviti bantuan kemasyarakatan dan sukarelawan dimana fokus utama program in adalah untuk memberi bantuan kepada masyarakat muslim dan bukan muslim di Kompong Chnang, Kemboja.
Keadaan kehidupan masyarakat yang sukar dan penuh dengan kekurangan menyeru saya dan rakan-rakan untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat ini.
Cara bantuan disalurkan :-
1) Menyediakan pakaian terpakai atau baru untuk diberi kepada masyarakat disana
2) Memberi Hygiene kit dan mengajar cara mengamalkan penjagaan kebersihan diri
3) Menyediakan bantuan bahan mentah (dibeli disana) untuk keluarga-keluarga disana
Program ini kini sedang mencari sumbangan dana daripada individu yang bermurah hati ingin menghulurkan bantuan, selain menyumbang dalam bentuk kewangan individu yang berminat boleh menyumbang dalam bentuk pakaian atau barangan yang boleh dijual semula. Hasil jualan akan disumbangkan 100% untuk program ini.
Antara alternatif sumbangan :-
1) RM 10 seorang untuk satu hygiene pack (peruntukan untuk 250 kanak-kanak)
2) RM 30 barangan harian untuk satu keluarga ( peruntukan 100 keluarga)
3) Program kami turut menjalankan perkhidmatan home cleaning di sekitar Bangi dan Kajang bagi individu yang berminat dan inginkan perkhidmatan ini boleh hubungi nombor berikut
4) Bagi yang berminat untuk menyumbang dalam bentuk kewangan boleh hubungi (013 9907153)
Insyaallah pada 30 Februari ini kumpulan sukarelawan khas untuk program ini akan berangkat ke kemboja dan menyampaikan sumbangan yang telah dikumpul kepada masyarakat disana. Program ini menjalinkan hubungan strategik dengan sebuah badan bukan kerajaan terkenal di kemboja yang diasaskan oleh warga Malaysia iaitu ASAS. Kerjasama yang baik ini memberi jaminan kepada penderma barang dan dana yang disumbang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Itu sahaja setakat ini perkongsian pok cik kali ni sekian terima kasih :)


No comments:
Post a Comment