PENDAFTARAN TAMBAHAN KREDIT DI FAKULTI
15/2/2018, KHAMIS, FEP, Pok cik hari ni kelam kabut sikit....bangun-bangun perlu segera bergegas ke fakulti untuk uruskan pengisian borang tambahan kredit nasib baik sempat uruskan.
Turun naik bangunan fakulti panjat tangga lepas tu naik lift....hahaha penat sungguh. Habih uruskan borang ni sesat sekejap cari bilik seminar kelas....memang tak teratur betul hari ni. Tapi fokus utama blog ini hari ni adalah nak senaraikan keperluan atau syarat untuk melengkapkan borang pendaftaran kredit tambahan di fakulti ekonomi dan pengurusan (FEP).
Langkah-langkahnya:-
1) Print out borang di laman web rasmi FEP
2) Isi maklumat yang diminta
3) Perlukan tandatangan Mentor pelajar/Ketua program di fakulti
4) Hantar borang di Pejabat Dekan FEP di aras 6
Syarat khas kelayakan memohon tambahan kredit :-
1) Pelajar perlu mendapat cgpa melebihi 3.0
2) Bersama borang permohonan kepilkan salinan keputusan pelajar
Benda ini lah yang pok cik kene settlekan tadi....smpai lambat masuk kelas aplikasi komputer. Punca utama yang buat pok cik cemas adalah kawan pok cik dia sengaja cakap last boleh hantar borang tu hari ni khamis tapi hakikatnya last hantar borang hari isnin depan 19/2/2018....hahaha.
Kesimpulannya, jangan percaya bulat apa yang orang lain cakap dan uruskan masa dan urusan dengan baik dan efisien. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment